Sabtu, 26 Mac 2011

menjahit baju kurung riau

entry saya kali ni tentang cara menjahit baju kurung riau. sebelum ni saya ingatkan baju ni namanya kurung pahang. tapi lepas google tadi, baru tahu nama baju ni kurung riau. baju ni macam kurung asli juga. bezanya bahagian bawahnya agak kembang. tapi baju kurung riau yang saya jahit ni bawahnya tak kembang sebab tuan punya baju tak suka kembang2. jadi ikut ukuran bawah pesak kurung asli juga.

saya suka jahit baju ni sebab pecahannya tak banyak, masa menjahitnya pun kurang kalau nak banding dengan kurung asli. kalau ada siapa yang belajar jahit, bolehlah tengok langkah2 yang saya tunjukkan ini. mungkin apa yang saya kongsi ini agak ringkas tapi saya harap ianya dapat membantu kawan2 yang nak cuba2 menjahit baju kurung riau.


mula2, potong kain ikut ukuran sendiri. a) bahagian badan-lipat dua b) tangan-2 keping c)pesak atas-4 keping d) pesak bawah-2 keping


mula2, ambil 2 keping pesak atas...jahit dibahagian tepinya. ikut contoh gambar di atas tu.


bila pesak atas sudah dijahit, buka dan cantumkan dengan sekeping pesak bawah pula. tengok contoh di atas tu.


mulakan proses jahitan mencantum pesak atas dan pesak bawah.


cantumkan pula pesak atas dengan lengan baju. saya letakan peniti sebagai contoh tempat yang harus dijahit.


mulakan proses jahitan untuk cantum lengan dengan pesak.


bahagian lengan dan pesak yang sudah bercantum


kemudian teruskan jahit untuk cantumkan tepi lengan. jahit sampai hujung bukaan tangan.


sediakan lapik leher pula. ukur dan lukis macam ni sebelum jahit.


letakkan di tengah badan baju. sebelum tu gosok badan baju ini, buat garisan ( +) di tengah2nya. agar senang nak letak lapik baju tadi.


lepas tu bolehlah jahit ikut garisan yang dilukis tu. kemudian, gunting dan buat ukiran tepinya macam dalam gambar ni. saya rasa semua orang pun tahu proses buat leher ni.


jahitlah tepinya, agar nampak lagi kemas dan cantik (tapi jahitan saya ni tak berapa cantik pun...hahaha...)






inilah rupa leher yang saya sudah jahit halus di tepinya. saya tak tahu nama jahitan di bahagian leher ini apa.


gosok leher agar kemas dan mudah untuk menjahit jelujur bahagian lapik tadi.


mulakan proses jelujur



inilah bahagian2 baju tadi. jangan lupa gosok pesak & lengan yang sudah bercantum tadi. gosok bahagian jahitan (cantuman), agar nampak kemas. selepas itu, barulah mulakan proses mencantumnya pada badan baju.


mulakan proses mencantum dari tengah badan baju dan tengah lengan. jangan cantum dari bawah baju, takut hasilnya senget pula.

inilah rupa baju yang sudah siap disambung. lepas tu bolehlah jahit jelujur bahagian bawah tangan dan bawah baju.



proses akhir, gosoklah semua bahagian jahitannya. pasti baju akan lagi nampak kemas.



ok siap.....


18 ulasan:

  1. saya belum pernah buat lagi baju kurung riau.... thanks for the tutorial

    BalasPadam
  2. waaaaa....syk nye..bertambah syok kalau Puan buat cara mengukur pula...ahaha(bagi betis nak peha plak no...ahahahaha...) cheeriooo!!

    BalasPadam
  3. faizlily,
    terima kasih juga sudi jenguk ke sini. lepas ni bolehlah cuba jhit ye...

    BalasPadam
  4. tomei,
    hehehe...tomei raya ni bolehlah awak bergaya dengan baju kurung macam ni.
    insyaAllah, nanti saya ajar macam mana buat ukurannya ye..

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ilmu yang diberikan. Sy pun tengah mencari - cari cara membuat pelbagai jenis baju kurung untuk kegunaan sendiri saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus la tu shima, buat utk sendiri. dapat juga jimatkan kos hantar baju pada tailor.skrg pun upah jahit ni dah mahal kan

      Padam
  6. tq for the tutorial.. i like.

    BalasPadam
  7. suka betul tutorial yg u buat nie!!! hope menjadi baju kurung riau yg akan I jaet ni..kalau cun, I send pic kat u nanti ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq elida, smoga tutorial ni membantu ye. jgn lupa hntr ye

      Padam
  8. buat la entri utk potong kain pulak... best pulak tgk wpon x pandai mnjahit... tp dlm hati teringin nk blaja caner cara nk amik n potong kain serta cara nk cantum n jahit baju ehehehe... TQ sbb sudi share

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq canteq, sy ada buat juga tutorial sambung baju kurung riau dan jahit skirt baju kurung. cuba tgok senarai tutorial tu

      Padam
  9. menarik..

    kat sini juga ada panduan menjahit baju riau, pahang dan moden
    http://teratakbiz.com/74/belajar-cara-menjahit-baju-kurung/

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih muhd Rul atas info tu.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...