Selasa, 4 Ogos 2015

Cara jahit seluar kanak-kanak (pinggang getah)


 Salam syawal yang ke19. Tak sangka, dah nak tiga minggu kita beraya. Macam mana aktiviti jahitan korang? Saya, agak slow sangat2. Ada tempahan tapi belum buat lagi. Bukan masih dalam mood raya tapi mood malas! Ok, kali ni saya kongsi cara jahit seluar baju melayu untuk kanak-kanak umur 8 tahun. Saya main tekap seluar contoh aje. Labuh 78cm, bukaan kaki 21cm, punggung 26cm, pinggang 23cm dan turun pinggang ke cawat tu 25cm.

Mula2 jahit cantum dari hujung cawat ke kaki seluar. 

Dah jahit kedua2nya. Bolehlah cantumkan bahagian atas (punggung dan cawat depan)

jahit dari tengah, temukan cantuman tadi (tengok gambar)

jahit dari tengah sampai hujung 

Dah jahit, jadilah rupanya macam ni (sebelah dalam)

Sebelah luar

Jahit kaki selaur

kaki seluar

Jahit getah untuk pinggang.




Jahit tengah.


Siap sudah...harap kawan2 faham ye penerangan saya. Kalau tak faham, boleh tengok gambar tu lama2. InsyaAllah faham. Happy sewing...

8 ulasan:

  1. terima kasih untuk sharing ni.. harap ada la kerajinan nak try. suami saya dah tahap merayu mintak jahitkan dia seluar..

    bagi saya, nak hasilkan seluar tu payah

    BalasPadam
  2. Cik Hani, lepas ni boleh cuba. Mula2 buat saja seluar getah... Dah pandai nanti bleh buat seluar berpinggang.

    BalasPadam
  3. Sis Getah tu macam mana nk jahit? Letak jer den jahit ke or kena tarik Getah tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tarik smbil jahit.. Tarik smpi kain dah xbkedut..

      Padam
  4. jahitan dah fhm, cuma ukuran tu mcmna klau size berbeza?xjelas dkt sini

    BalasPadam
  5. Kak..luas pinggang tu nak amik ngam2 dgn ukurang pinggang anak ke..atau kena besarkan sikit lebar tu?? Konfius kat situ.huhu

    BalasPadam
  6. Kak..luas pinggang tu nak amik ngam2 dgn ukurang pinggang anak ke..atau kena besarkan sikit lebar tu?? Konfius kat situ.huhu

    BalasPadam
  7. saye slalu ade masalah utk jahit getah seluar.. bila da siap cantum seluar, mmg pinggang akan jd ternaik ek kiri kanan seluar? lps tu nk jahit ikut bentuk pinggang atau kene jahit straight?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...