Sabtu, 6 Mei 2017

Skirt Kembang Teknik Gigi Buaya

Assalamualaikum. Ada yang nak buat skirt kembang untuk raya nanti? Kali ini saya kongsi pola skirt kembang teknik gigi buaya. Skirt ini saya buat untuk baju kurung peeplum customer saya. Tapi skirt kembang teknik gigi buaya ini sesuai juga untuk baju kurung moden yang lain.

Gambar di atas tu pola skirt yang saya dah lukis. Labuh 94cm, punggung 26cm (ukuran punggung bahagia 4 ya), dari pinggang ke punggung 20cm, pinggang ke lutut 41cm.

bahagian yang nak dikembangkan, 9cm. Kalau nak tambah lagi, boleh. Terpulang pada kehendak korang.

Lepas tu mulalah buat zig zag. Tak perlulah guna pembaris. Saya saja yang mengada nak buat garisan tu guna pembaris.

Zig Zag dah siap...macam? Sebijik gigi buaya tak?

Gambar penuh

Gunting dan ceraikan macam ini

letak pola atas kain yang dah dilipat dua. Bahagian ini ambil dua keping. Satu depan, satu lagi untuk bahagian belakang.

Inilah gunanya gigi buaya tu,

bahagian ini ambil 4 keping.

Siap dah. Selamat  menjahit

Kalau ada pembaca blog ini nak share tutorial atau gambar dari blog ini, silakan. 

6 ulasan:

  1. Thanks for sharing. Tertarik untuk mempelajari bagaimana cara membuat baju dengan pola baju yang sudah jadi?. Anda bisa mendownload polanya Di Sini. Regards : Fitinline.

    BalasPadam
  2. tq for sharing.. kita bukan la gunting kain ikut gigi tu ye..

    BalasPadam
  3. ada tutorial x mcamana nak sambung kain kain tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat masa ni sy belum ada buat tutorial tu.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...