Salam Aidiladha, hari kedua...macam mana sambutan di tempat korang? mesti happening, kan? Alhamdulillah...dapat kita merayakannya sekali lagi. Moga panjang umur dapat lagi menyambutnya di tahun hadapan...insyaAllah.
Masih dengan mood rayanya, saya sambung buat entri untuk menjahit baju kurung moden jenis peelum. Macam biasa, mula2 ambil ukuran dan buat pola. Ini ukuran badan saya. Saya tunjuk cara paling MALAS...nak ambil kain dan menjahitnya saja. Pola saya ni untuk depan dan belakang. sama saja ukuran dan rupanya. Ada orang lain pola depan dan belakang beza. Pola lengan pun beza. Tapi saya ni jenis MALAS dan nak cepat siap saja...tu sebab saya buat pola depan belakang jadi satu! selagi tak mencacatkan rupa baju, tak salah buat macam ni.
Menjahit ni tak ada salahnya pun...semua betul selagi hasilnya nanti tetap sama dan cantik macam baju orang lain. Jadi jangan bimbang kalau orang kata cara kawan-kawan salah. Menjahit ni seni, banyak cara dan macam2 jalannya. Setiap satu baju itu berbeza dan cara penghasilannya. Lagi ramai tailor kita jumpa, lagi macam2 cara dan skill yang kita dapat belajar. Dan setiap satu itu berbeza2 dengan yang lain. Kalau kawan2 sudah lama menjahit, pasti kawan2 pun ada skill tersendiri dalam menjahit yang tak sama dengan orang lain.
Ok, kembali ke topik asal. Mula2 ambil untuk bahagian belakan. Temukan, tepi kain (lipat dua) dan letak pola macam dalam gambar bawah ni. Sediakan ruang untuk basi Zip. Ukuran basi Zip terpulang pada anda. Untuk bahu basinya 1 1/2cm dan tepi pun sama, bawah 1cm. Tanda dat jangan lupa (18 cm), guna kertas warna dan roda suri. Gunting dan dapat 2 keping pola belakang.
Ini pula pola depan. Kain lipat dua juga dan letak pola betul2 di tepi ( macam dalam gambar). Lakar basi untuk mudahkan memotong dengan lurus. Jangan tanda dat tu. Dat untuk pola depan yang rendah tu 12 cm.Gunting dan dapat 1 keping bahagian depan baju.
Kain lipat terus 4 lipatan dan letak pola tangan dan tanda basi. Gunting dan hasilnya dapat 2 keping bahagian tangan.
Untuk bahagian bawah baju, lain pun lipat 4 macam ni. Letak pola dan tanda basi. Kemudian gunting.
Hasilnya macam nilah peeplum yang sudah di buka lipatannya. Yang bulat tulah sambungan dipinggang. Ukuran itu ukuran pinggang kita.
Sekrang mula jahit. Jahit semua dat dan sambung tepi baju bahagian depan dan belakang
Macam nilah, sambung tepi sahaja.
Lepas sambung, seterika bahagian dat dan sambungan tepi agar nampak kemas.
Gunting bawah baju tu ( belah macam dalam gambar) dan jahit sambung di baju tadi.
Macam nilah hasilnya bahagian bawah dah bersambung.
Kemudian pasang zip sembunyi. Zip biasa pun boleh. Panjang zip terpulang pada anda tapi mesti lebih dari pinggang sebab nak bagi masuk di badan. Lepas jahit zip, terus jahit sambungan belakang tu sampai bawah.
Kemudian jahit lapik leher dan sambung bahu.
Seterika leher dan jahit sembat lapik leher tu. Kemudian terus pasang tangan. Cara pasang tangan sama macam baju lain. Kemudian bolehlah jahit sembat hujung tangan baju dan jahit halus bahagian bawah baju.
Inilah hasilnya... Harap kawan2 dapat faham dengan penerangan saya ni. Tak faham tengok gambar ya, nanti senanglah faham. Moga tutorial ini dapat membantu kawan2 yang baru nak mencuba menjahit baju kurung moden peeplum ini. Untuk baju, guna kain 2 meter juga. Ok selamat mencuba dan selamat menjahit... :)