Monday 11 April 2011

skirt kipas belakang



kali ni saya nak kongsi cara2 menjahit skirt kipas belakang untuk baju kurung. biasanya skirt kipas belakang ini sesuai untuk kurung moden. a) untuk bahagian belakang b) untuk bahagian depan c)untuk pinggang. ukuruan skirt kipas belakang yang saya buat lurus saja, takde bentuk bahagian punggung sebab saya guna getah untuk pinggangnya.



pertama ambil kain untuk bahagian belakang, ukur bahagian zip.


mulakan dari ukuran bawah zip dan jahit sampai peniti tu


selepas itu, bolehlah jahitkan zip


zip yang sudah siap di jahit



ukuran untuk bahagian kipas, saya buat 60cm (lipat 2). ukur 10cm (tengok macam dalam gambar) dan tandakan semuanya tandakan dengan kapur.



mulakan proses menggosok bahagian yang sudah dijahit dan bahagian kipas yang sudah ditanda tadi.



lipatan pertama yang sudah digosok. lipat kipas ikut ukuran 10cm tadi dan kemudian gosok.


lipat dan gosok kesemuanya




kipas dah di gosok dengan kemas



contoh kipas yang di gosok tadi, garisan yang kipas yang di gosok tadi memudahkan proses menjahit bahagian tepinya.


jahit tepi semua kipas (luar dan dalam)


kipas yang sudah di jahit


lipat kemas dan pin


kipas yang siap dijahit, lagi mudah untuk dibentuk



jahitkan atas bahagian kipas. tengok contoh gambar2 di atas dan bawah ni.











belakang skirt yang sudah siap.


cantumkan bahagian belakang dan depan skirt.


jahitkan kaki skirt. buat 2 baris jahitan.





jahitkan bahagian lapisan pinggang.





sediakan getah dan pengeras untuk pinggang. sambungkan semuannya. lepas tu jahitlah di hujung lapisan pinggang. saya lupa nak ambil gambar masa buat proses ni...hehehe...



jahit bahagian getah. sebelum tu tandakan bahagian pinggang untuk pengeras dan getah. untuk bahagian getah, tarik getah semasa proses menjahit bahagian bawahnya.


ini bahagian yang ada pengeras. jahit macam biasa.



bahagian getah yang siap di jahit. lepas tu bolehlah buat jahitan di tengah2 getah tu. jangan lupa tarik masa menjahit. hati2 kadang2 jarum boleh patah. kalau tak nak jahit pun boleh juga.




proses akhir, pasang pencangkuk



inilah rupa skirt kipas belakang yang sudah siap...pandangan dari belakang.


Saturday 26 March 2011

menjahit baju kurung riau

entry saya kali ni tentang cara menjahit baju kurung riau. sebelum ni saya ingatkan baju ni namanya kurung pahang. tapi lepas google tadi, baru tahu nama baju ni kurung riau. baju ni macam kurung asli juga. bezanya bahagian bawahnya agak kembang. tapi baju kurung riau yang saya jahit ni bawahnya tak kembang sebab tuan punya baju tak suka kembang2. jadi ikut ukuran bawah pesak kurung asli juga.

saya suka jahit baju ni sebab pecahannya tak banyak, masa menjahitnya pun kurang kalau nak banding dengan kurung asli. kalau ada siapa yang belajar jahit, bolehlah tengok langkah2 yang saya tunjukkan ini. mungkin apa yang saya kongsi ini agak ringkas tapi saya harap ianya dapat membantu kawan2 yang nak cuba2 menjahit baju kurung riau.


mula2, potong kain ikut ukuran sendiri. a) bahagian badan-lipat dua b) tangan-2 keping c)pesak atas-4 keping d) pesak bawah-2 keping


mula2, ambil 2 keping pesak atas...jahit dibahagian tepinya. ikut contoh gambar di atas tu.


bila pesak atas sudah dijahit, buka dan cantumkan dengan sekeping pesak bawah pula. tengok contoh di atas tu.


mulakan proses jahitan mencantum pesak atas dan pesak bawah.


cantumkan pula pesak atas dengan lengan baju. saya letakan peniti sebagai contoh tempat yang harus dijahit.


mulakan proses jahitan untuk cantum lengan dengan pesak.


bahagian lengan dan pesak yang sudah bercantum


kemudian teruskan jahit untuk cantumkan tepi lengan. jahit sampai hujung bukaan tangan.


sediakan lapik leher pula. ukur dan lukis macam ni sebelum jahit.


letakkan di tengah badan baju. sebelum tu gosok badan baju ini, buat garisan ( +) di tengah2nya. agar senang nak letak lapik baju tadi.


lepas tu bolehlah jahit ikut garisan yang dilukis tu. kemudian, gunting dan buat ukiran tepinya macam dalam gambar ni. saya rasa semua orang pun tahu proses buat leher ni.


jahitlah tepinya, agar nampak lagi kemas dan cantik (tapi jahitan saya ni tak berapa cantik pun...hahaha...)






inilah rupa leher yang saya sudah jahit halus di tepinya. saya tak tahu nama jahitan di bahagian leher ini apa.


gosok leher agar kemas dan mudah untuk menjahit jelujur bahagian lapik tadi.


mulakan proses jelujur



inilah bahagian2 baju tadi. jangan lupa gosok pesak & lengan yang sudah bercantum tadi. gosok bahagian jahitan (cantuman), agar nampak kemas. selepas itu, barulah mulakan proses mencantumnya pada badan baju.


mulakan proses mencantum dari tengah badan baju dan tengah lengan. jangan cantum dari bawah baju, takut hasilnya senget pula.

inilah rupa baju yang sudah siap disambung. lepas tu bolehlah jahit jelujur bahagian bawah tangan dan bawah baju.



proses akhir, gosoklah semua bahagian jahitannya. pasti baju akan lagi nampak kemas.



ok siap.....


Monday 7 March 2011

benang getah



masa saya beli barang jahitan di canny, saya ingat nak beli benang getah warna putih. stock benang getah putih saya sudah habis. benang warna hitam saja yang tinggal tapi saya tak suka guna warna hitam sebab mudah kering dan putus.

masa saya tanya di kedai tu, tiada pula jual warna putih. stock habis, kata jurujual tu. dia tunjuk saya benang getah lain. itulah, yang dalam gambar tu. saya tak tahu pula ada jual warna lain. selamanya kalau saya tanya, mereka kata cuma ada hitam dan putih sahaja.

saya pun belilah beberapa gelung yang lain2 warna. nanti senang nak padankan dengan warna baju yang dijahit. harganya mahal sikitlah berbanding yang warna putih dan hitam.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...