Monday 3 September 2018

Tutorial Potong Jubah Menggunakan Pola Baju Kurung

Salam. Pagi ini saya kongsikan Tutorial Potong Jubah Menggunakan Pola Baju Kurung. Pola baju kurung ini ada dat. Tapi sebab saya buat jubah, jadi tak perlu dat. Jubah memang sifat dia longgar dan besar.


 Pola baju kurung. Saya guna satu pola saja untuk bahagian depan dan belakang.

 Lipat kain terus 4 lipatan ( untuk ambil bahagian depan dan belakang). Letak pola di atas kain. Ukur dari bahu terus ke bawah, ikut labuh yang kita nak. Perhatikan gambar tu, Pola saya letak di tengah. Labuh jubah yang saya buat ni, 130cm. Lepas tu bolehlah tandakan basi dan gunting.

Tutorial Potong Jubah Menggunakan Pola Baju Kurung

untuk bahagian bahu, turunkan sedikit. Leher sama macam leher baju kurung. Mudahkan...selamat mencuba.

Sunday 2 September 2018

Tutorial Jahit Zip Skirt

Assalamualaikum. Pagi ini saya share tutorial jahit zip skirt. Ringkas dan mudah. Semoga tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang baru mula belajar menjahit. Kalau ada yang nak share di fb, silakan...

 jahit cantum bahagian skirt depan dan belakang. Tinggalkan sedikit ruangan untuk zip

 mulakan jahit sebelah belakang (kiri)


 Kemudian jahit bahagian depan (kanan). 

tutorial jahit zip skirt


Mudahkan...selamat mencuba.

~Happy Sewing~

Friday 31 August 2018

Baju Customer Raya 2018

Assalamualaikum, salam merdeka 2018. Lama sangat saya tak update blog. Entry terakhir tentang pola baju Erin Malek yang saya publish tahun lepas. Banyak gambar yang saya ambil untuk tutorial tetapi semuanya tersimpan dalam laptop saja. Malas nak upload dan buat entry. Sejak akhir2 ini saya agak malas sikit nak buka blog. Cuma hari ini saya gagah diri untuk update juga sempena hari kemerdekaan Malaysia, Negaraku yang tercinta.

Gambar2 di bawah ni baju2 yang saya jahit masa raya yang lepas (baju custumer raya 2018). Saja simpan semuanya di sini untuk kenangan.





~Happy Sewing~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...