Tuesday, 16 June 2015
Monday, 15 June 2015
cara membuat leher baju kurung asli
Assalamualaikum,
Wah! Lamanya tak jenguk sini. Entry terakhir awal tahun baru hari tu. Pemalas pula sejak akhir2 ini. Selalu ada masa terluang lepak di fb dan group wassap geng jahit aje. Sempena nak masuk bulan puasa ni, saya hadiahkan tutorial membuat leher baju kurung. Saya dah pernah buat cara lubangkan leher baju kurung tapi ada kawan lain yang bkurang faham macam mana nak lekat kertas tu, depan ke belakang? Jadi saya buat sekali lagi tutorial yang lebih lengkap. Harap dapat membantu kawan-kawan yang baru saja mula berjinak-jinak dalam jahitan. Terutamanya yang nak belajar jahit baju kurung asli.
Pertama, sila ambil acuan leher. Dalam entry yang lepas2 saya ada tunjuk cara paling mudah membuat acuan leher baju kurung. Sila tengok dalam senarai tutorial. Letak acuan leher atas kain yang dilipat dua macam dalam gambar di atas. Pin kan dengan peniti. Kemudian gunting ikut bentuk acuan.
gunting ikut bentuk acuan leher itu.
macam inilah hasilnya selepas acuan di buka dari kain.
letak atas kertas bergam.
Gunting ikut tepi bentuk kain tu. Kemudian seterika. Lepas tu bolehlah dijahit tepi.
Dah jahit tepi, letak acuan atas permukaan lapik leher. Tanda garisan lurus dibahagian tengah dan tanda ikut bentuknya (tengok gambar)
tanda belahan leher
Tanda macam ni. Hujung belahan tu buat tanda v atau u.Kalau saya memang buat bentuk u.
Dah siap tu letak atas baju kurung dan penitikan
Jahitlah ikut tanda yang dah dibuat tadi.
Dah siap jahit bolehlah lubangkan macam ni dan buat belahan
snap basi jahitan di leher tu.
Snap macam ni ya. Agar bila lapik ini diterbalikan, dapat bulatan leher yang kemas.
Dah siap gunting tu, terbalikkan dan jahit atas lapik tu. Tengok contoh gambar di atas dan bawah
Macam nilah rupanya lapik yang sudah dijahit
seterika untuk bagi kemas
Macam nilah rupa leher di sebelah dalam. Kemudian bolehlah dijahit sembat
Lepas jahit sembat, terbalikkan. Di bawah inilah hasilnya.
Dah siap, bolehlah korang sambung tangan baju ke badan.
Saya kalau jahit baju memang akan jahit sembat leher dulu baru cantum tangan di badan. Cara ni dapat hasilkan leher yang kemas. Lagipun jahit sembat sebelum badan sambung tangan, lagi mudah nak handle baju tu. Tapi ramai kawan lain yang jahit sambung semua, lepas tu baru buat kerja sembat baju. Lain orang lain caranyakan. Tak kisahlah asalkan hasilnya tetap sama dan memuaskan.
Ok, saya harap tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang baru nak mula belajar jahit baju kurung. Kalau ada yang nak share atau copy tutorial ini, silakan...tapi jangan lupa bagi credit atau backlink. Sama2 kita kongsi ilmu yang tak seberapa ini.
~ Happy Sewing~
Thursday, 1 January 2015
Friday, 7 November 2014
Saturday, 11 October 2014
Jubah Princess Cut
Salam petang sabtu. Ini jubah princess cut gigi buaya yang saya jahit lace di hujung lengan. Baju ni simple aje. Kalau pandai jahit baju kurung moden, memang senanglah nak buat baju macam ni. Baju macam ni lagi cepat dijahit berbanding baju kurung moden. Bagi sayalah sebab baju ni takde skirt jadi proses jahit tak lama. Masa pasang zip sajalah ambil masa lebih sikit.
Saya guna 1 pola aje untuk belakang dan depan. Untuk ambil yang belakang kena lebihkan beberapa cm untuk basi zip. Depan cuma basi untuk jahitan je...
pola depan dan belakang
Ini cara saya ambil pola belakang. Lipat dua kain tu, temukan kedua-dua tepi. Ambil ikut ira kain (memanjang).
tanda dengan kapur dan gunting.
Ini bahagian depan. Lipat dua macam dalam gambar dan letak pola. tanda dan gunting.
Ini bahagian depan, belakang dan lengan yang sudah siap dipotong.
Bahagian lapik leher
Bahagian belakang yang sudah di pasang zip dan lapik leher. Sedia untuk di jahit sambung. Untuk bahagian depan caranya sama aje. Bezanya depan tak putus dan sambung terus bahagian tepi. Dah jahit depan belakang, barulah cantum bahu dan tepi. Kemudian jahit lace di hujung lengan. Lepas tu barulah pasang lengan dan badan baju. Siapkan jahitan untuk lipatan bawah baju. Saya ringkas2kan aje sebab gambar tak banyak yang saya ambil. Tapi banyak blog lain yang bagi penerangan penuh macam mana nak potong dan jahit dress yang macam ni. Ok, selamat menjahit...
Subscribe to:
Posts (Atom)