Monday 27 July 2015

cara jahit getah di hujung lengan baju kurung

 Sempena syawal yang ke 11, saya buat tutorial menjahit benang getah di hujung lengan baju. Mula2 korang sediakan benang getah (benang elastik). Warna bergantung koranglah...sekarang ada macam2 warna benang elastik. Tapi saya selalu guna warna putih juga.

 Gulung benang di sekoci guna tangan. Kalau gulung guna mesin, benang akan jadi tegang.

 Letak dalam bobbin case

 Untuk benang atas, guna benang warna sama dengan kain yang nak dijahit

 Jarak jahitan paling besar. Kalau rapat2 benang getah tak cantik rengangnya.

 Mula jahit dari sambungan lengan.

 Jarak susunan getah, ikut suka koranglah.


 Sebelah dalam

Sebelah luar

Ok, siap. Selamat mencuba. Harap dapat membantu kawan2 yang baru nak belajar2 jahit benang getah. Kalau nak share tutorial ni kat page korang, silakan...


Sunday 26 July 2015

Tempahan Raya 2015

Salam syawal yang ke10...cepatnya masa berlalu. Macam baru dengar takbir di pagi raya pertama hari tu. Ini baju2 tempahan yang saya jahit puasa hari tu. Tempahan saya bagi 6 fasa. Setiap fasa saya peruntukkan masa 4 hari. Alhamdulillah...semuanya tempahan siap.

 fasa 1: kurung asli, kurung riau dan baju panjang

 fasa 2 : kurung malaysia

 fasa 3 : baju melayu dewasa dan kanak2

 fasa 4: dress

 fasa 5: kurung moden dan dress


 fasa 6 yang terakhir : baju melayu dan jubah


Alhamdulillah...masa menjahit berjalan lancar cuma masa jahit baju melayu tu sangkut sampai ambil masa 6 hari. Baju melayu raihan tu yang lama sikit saya jahit. Tension masa jahit seluarnya...bab pinggang tu memang selalu sangkut. Jahit, tetas, jahit...banyak kali. Apa2 pun rasa bersyukur sangat sebab semua dapat siap...Terima kasih Allah, beri kesihatan dan semangat kuat sepanjang bulan puasa tu...alhamdulillah...

Thursday 18 June 2015

Salam Ramadhan 2015


Salam ramadhan...mesti semua tailor sibuk waktu ni, kan. Sama macam saya juga. Siang tadi beli barang keperluan jahitan yang dah nak habis. Tekanan tengok resit...mana harga barang dah naik, gst lagi...menyampah betul.


Ini sebahagian kain customer yang belum kena potong lagi. Tekanan lagi tengok...leceh nak potong kain bulan2 puasa ni. Tak tahan berdiri lama2 depan meja memotong. Tapak kaki pun sakit. Sebenarnya saya dah malas nak ambil banyak kain. Tapi, kesian pula orang datang bawa kain, tapi kena reject... Sebab tak sampai hati punya pasal, saya terima ajelah.. Anggap saja rezeki lebih...


Yang bawah ni, kain yang dah siap potong dan sedia dijahit. Tekanan juga tengok sebab banyak... Tapi ada tailor lain yang lebih banyak tempahan. Ini kira ciput lagi. Haraplah proses menjahit akan berjalan dengan lancar. Nak siap cepat sebab nak buat kuih raya lagi...


Monday 15 June 2015

cara membuat leher baju kurung asli

Assalamualaikum,
Wah! Lamanya tak jenguk sini. Entry terakhir awal tahun baru hari tu. Pemalas pula sejak akhir2 ini. Selalu ada masa terluang lepak di fb dan group wassap geng jahit aje. Sempena nak masuk bulan puasa ni, saya hadiahkan tutorial membuat leher baju kurung. Saya dah pernah buat cara lubangkan leher baju kurung tapi ada kawan lain yang bkurang faham macam mana nak lekat kertas tu, depan ke belakang? Jadi saya buat sekali lagi tutorial yang lebih lengkap. Harap dapat membantu kawan-kawan yang baru saja mula berjinak-jinak dalam jahitan. Terutamanya yang nak belajar jahit baju kurung asli.

Pertama, sila ambil acuan leher. Dalam entry yang lepas2 saya ada tunjuk cara paling mudah membuat acuan leher baju kurung. Sila tengok dalam senarai tutorial. Letak acuan leher atas kain yang dilipat dua macam dalam gambar di atas. Pin kan dengan peniti. Kemudian gunting ikut bentuk acuan.

gunting ikut bentuk acuan leher itu.

 macam inilah hasilnya selepas acuan di buka dari kain.

 letak atas kertas bergam. 

  Gunting ikut tepi bentuk kain tu. Kemudian seterika. Lepas tu bolehlah dijahit tepi.

  Dah jahit tepi, letak acuan atas permukaan lapik leher. Tanda garisan lurus dibahagian tengah dan tanda ikut bentuknya (tengok gambar)

tanda belahan leher

 Tanda macam ni. Hujung belahan tu buat tanda v atau u.Kalau saya memang buat bentuk u.

Dah siap tu letak atas baju kurung dan penitikan

  Jahitlah ikut tanda yang dah dibuat tadi. 

 Dah siap jahit bolehlah lubangkan macam ni dan buat belahan

 snap basi jahitan di leher tu.

 Snap macam ni ya. Agar bila lapik ini diterbalikan, dapat bulatan leher yang kemas.

 Dah siap gunting tu, terbalikkan dan jahit atas lapik tu. Tengok contoh gambar di atas dan bawah

 Macam nilah rupanya lapik yang sudah dijahit

  seterika untuk bagi kemas

Macam nilah rupa leher di sebelah dalam. Kemudian bolehlah dijahit sembat
 Lepas jahit sembat, terbalikkan. Di bawah inilah hasilnya. 


Dah siap, bolehlah korang sambung tangan baju ke badan. 

Saya kalau jahit baju memang akan jahit sembat leher dulu baru cantum tangan  di badan. Cara ni dapat hasilkan leher yang kemas. Lagipun jahit sembat sebelum badan sambung tangan, lagi mudah nak handle baju tu. Tapi ramai kawan lain yang jahit sambung semua, lepas tu baru buat kerja sembat baju. Lain orang lain caranyakan. Tak kisahlah asalkan hasilnya tetap sama dan memuaskan.

Ok, saya harap tutorial ini dapat membantu kawan-kawan yang baru nak mula belajar jahit baju kurung. Kalau ada yang nak share atau copy tutorial ini, silakan...tapi jangan lupa bagi credit atau backlink. Sama2 kita kongsi ilmu yang tak seberapa ini.

~ Happy Sewing~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...