Wednesday 6 October 2010

mesin jahit tepi saya bermasalah lagi!!!




inilah mesin jahit tepi saya yang bermasalah tu. entah apa kena semalam, masa buat jahitan tepi tiba-tiba je jahitannya bermasalah...dari cantik terus jahitan lari-lari. puas konik sana-sini, akhirnya jahitan ok semula tapi tak lama lepas tu jahitan rosak lagi. kali ni lagi teruk benang asyik berserabut dan putus. adoiiii...tension betullah. bila saya bersemangat nak buat kerja, disitulah si mesin ni keluarkan pening-pening lalatnya!!!

Tuesday 5 October 2010

cotton


ini kain cotton yang sudah lama saya beli. ada yang tahun lepas punya. saya suka kumpul kain cotton ni sebab cantik dan macam-macam corak. beli sikit untuk koleksi...nanti bila-bila dapat idea nak jahit sesuatu, bolehlah guna kain-kain ni. 

sebenarnya saya banyak idea nak buat  macam-macam (hasil lawatan ke blog jahitan lain) termasuklah beg, alas meja, sarung kusyen dan macam-macam lagilah. tapi sampai sekarang pun masih tak buat satu apa pun. lepas menyiapkan tempahan raya, aktiviti menjahit saya agak slow. malah rasanya bukan slow tapi langsung tak jalan pun! apa punya tailor macam ni...adehhh macam mana nak maju...

cakap tentang cotton ni, ahad lepas saya ada juga jenguk-jenguk kedai kain. banyak cotton yang cantik-cantik. paling suka cotton thai dan jepun. selalu saya beli dalam 2 meter tiap 1 jenis kain. insyaAllah, bila semangat rajin sudah datang semula, barulah saya akan kerjakan kain-kain cotton saya ni. nak buat apa? belum tentu lagi...mula-mula mungkin nak jahit beg dulu...hmmm, ye la tu...harap bukan cakap je...






 

Monday 4 October 2010

zip sorok


saya sebenarnya tak pandai pun jahit zip sorok ( kalau di tempat saya disebut 'zip tapuk'). selama ni memang guna zip biasa saja. tapi tadi saya kena jahit juga dibaju salah seorang pelanggan saya. ingatkan mudah je...rupanya rumit juga. saya ingatkan boleh guna kaki zip biasa. jadi saya cubalah buat tapi tak jadi2...giveUp saya dibuatnya. 
 
sudahnya saya google cara2 pasang zip sorok ni...jumpa! rupanya kena guna kaki zip khas! adoi, naif sungguh saya dalam bab aksesori mesin ni! tutorial zip tu boleh kawan2 tengok kat sini ataupun kat sini





tempahan siap!

ini semua baju2 tempahan yang sudah siap dijahit dan sedia diambli oleh pelanggan. ada kurung asli, kurung moden berlapis dan kurung moden belah tepi dengan tangan yang bergetah.






.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...