Monday 10 August 2015

Cara Menjahit Jubah

syawal yg ke 25, pagi isnin...monday blues orang selalu kata. Ok semalam saya tunjuk cara potong jubah simple kan? Pagi ni saya tunjuk cara jahit jubah tu pula.

Ini bahagian jubah tu. Nama pun simple, jadi leher jubah buat macam leher kurung saja. Lapik leher tu saya dah lapos dengan kertas bergam

Mula2 cantum bahagian bahu dulu.

Jahit dari hujung ke hujung bahu

Iron bahagian yang baru disambung tadi

Lipat dua macam ni dan iron bahagian lipatan

Kemudian bukan lipatan tadi dan letak pola tu di tengah2. Leher tu saya dah lakar ikut acuan leher

Kemudian jahit leher tu

Dah jahit, lipat macam ni dan gunting tengah tu macam dalam gambar tu

Ini yang dah digunting

Lepas tu snip bahagian keliling basi

Jahit tindih atas lapik leher tu

Kemudian iron untuk bagi kemas

Lepas tu korang jahit tepi leher tu. Ikut sukalah nak jahit corak2 ke...tak pun jahit sembat aje bahagian dalam. Terpulang ok...

Sekarang korang jahit bahagian tepi baju (sambung bahagian tepi) sampai bawah.

Ini rupa baju yang dah siap bersambung. Ini pandangan dari dalam baju.

Jahit lipatan kaki baju

Untuk bahagian tangan, sambung bahagian tepi lengan dan jahit ke badan baju. Tapi yang saya jahit ni, saya letak lace. Jahit lace dulu, benang atas ikut warna lace tu dan benang bawah ikut warna kain. Jahit lepas tu baru cantum lengan tu.

Lengan yang sudah bersambung. Bolehlah terus dijahit di badan baju. Kalau tak tahu cara cantum lengan di baju, rujuk entry yang sebelum2 ni, saya ada tunjuk cara pasang lengan di badan baju.


 
Siap sudah jubah. Ringkas saja cara memotong dan menjahitnya. Selamat mencuba... Happy sewing

Sunday 9 August 2015

cara potong jubah ringkas

Salam syawal yang ke 24. Hari ni ahad, hujung minggu...kalau tak buat apa, jom cuba2 jahit jubah. Kali ni saya tunjuk cara potong jubah yang ringkas. Jubah ni paling simple...tak ada zip, macam baju tidur aje. Kalau korang tak ada jubah macam ni, korang ambil je baju kurung moden korang dan lipat dua jadikan contoh baju. Masa lakar nanti tambah saja ukuran di bahagian badan dan tambah labuh bahagian bawah baju. Mudahkan. Nak tambah zip belakang pun boleh tapi korang kena ambil asing-asing bahagian depan dan belakang baju. Bahagian depan tak putus. Bahagian belakang tu kena putus dan bagi basi untuk zip. 

Ok tu jubah berzip, yang ni jubah simple. Ambil terus lipat sekali aje dan gunting. Tutorial saya ni semua yang ringkas saja sebab saya tahu kalau orang mula2 nak menjahit ni memang suka nak cepat siap dan cari cara yang paling mudah. Esok2 dah pandai sikit, bolehlah belajar yang susah sikit...yang ada kira itu, tolak itu, bahagi ini... Sebagai permulaan, belajar yang mudah2 dulu.

Ini baju contoh

kain lipat dua macam dalam gambar tu

Kemudian lipat lagi sekali macam ni

Letak baju yang dilipat dua atas kain tu. Sekarang lukis saja ikut tepi baju tu. Terpulang kalau korang nak tambah atau kurangkan ukuran badan. Kembang bawah pun terpulang juga, nak kembang atau tak. Tapi jubah mesti longgarkan. Lengkungkan sikit bahagian pinggang. Basi bahu saya letak 1 1/2cm. Kaki baju 2cm.


Tangan, ambil macam ni. Lipat dua terus kain tu sama macam cara ambil bahagian baju tadi. Dah siap gunting aje ikut garisan yang dibuat. 

Ok siap sudah. Bahagian badan dan tangan. Selamat mencuba...


Saturday 8 August 2015

Cara Menjahit Lapik Leher Jubah

Salam syawal yang ke 23. Selamat pagi sabtu yang indah. Kali ni saya nak kongsi cara menjahit lapik leher untuk baju kurung moden atau jubah. Ini jenis leher bulat ya. Saya juga akan tunjuk cara sambung bahagian bahu.

Ini lapik leher dan baju bahagian belakang yang sudah dipasang zip sembunyi.

Ambil lapik leher dan letak atas zip seperti di gambar tu. Jahit ikut tanda garis putus2 tu.

Dah jahit, akan jadi macam ni kalau lipat keluar lapik tu

Lepas tu lipat macam ni dan jahit dari bahu, ikut dari garisan merah yang saya tanda tu

Jahit macam ni

Jahit sampai hujung

Ini yang dah siap jahit

Kemudian terbalikkan, akan jadi macam ni

Ulang proses yang sama bahagian sebelah tu

Dah siap jahit kedua2 bahagian lapik leher tu, rupanya macam nilah...pandangan dari dalam baju

Ini pandangan dari luar

Ini pula bahagian depan baju. Letak lapik leher tu macam dalam gambar ni

Jahit mula dari garisan di bahu yang saya tanda tu

Dah siap jahit, masa untuk sambung bahagian bahu. Caranya ambil bahagian depan dan belakang baju, temukan bahagian bahu macam dalam gambar

Lipat hujung lapik leher tu macam ni. Dua2 ye lipat, hujung lapik depan dan belakang.

Temukan macam ni. Saya buat macam ni untuk memudahkan jahit sambung bahagian bahu baju

Ok, sekarang bolehlah jahit sambung bahu baju

Bahu dah sambung, sekarang sambung lapik leher tu pula

Nampak tak, leher bahagian bahu tu dah bercantum

buang basi leher tu

snip kecil2 di keliling basi tu.

Kemudian terbalikkan lapik tu dan jahit tindih atas lapik tu (tindih dgn basi leher bahagian dalam tu). Jahit dekat tepi sambungan tu. Tujuannya untuk lapik lagi kemas bila dilipat dan untuk leher lagi tahan jahitannya.

Ok siap sudah...Inilah rupa jahitan tadi. Semoga tutorial ini dapat memberi manfaat pada kawan2 yang baru saja berjinak2 dalam bidang jahitan ni. Happy sewing...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...