Monday 11 April 2011

skirt kipas belakang



kali ni saya nak kongsi cara2 menjahit skirt kipas belakang untuk baju kurung. biasanya skirt kipas belakang ini sesuai untuk kurung moden. a) untuk bahagian belakang b) untuk bahagian depan c)untuk pinggang. ukuruan skirt kipas belakang yang saya buat lurus saja, takde bentuk bahagian punggung sebab saya guna getah untuk pinggangnya.



pertama ambil kain untuk bahagian belakang, ukur bahagian zip.


mulakan dari ukuran bawah zip dan jahit sampai peniti tu


selepas itu, bolehlah jahitkan zip


zip yang sudah siap di jahit



ukuran untuk bahagian kipas, saya buat 60cm (lipat 2). ukur 10cm (tengok macam dalam gambar) dan tandakan semuanya tandakan dengan kapur.



mulakan proses menggosok bahagian yang sudah dijahit dan bahagian kipas yang sudah ditanda tadi.



lipatan pertama yang sudah digosok. lipat kipas ikut ukuran 10cm tadi dan kemudian gosok.


lipat dan gosok kesemuanya




kipas dah di gosok dengan kemas



contoh kipas yang di gosok tadi, garisan yang kipas yang di gosok tadi memudahkan proses menjahit bahagian tepinya.


jahit tepi semua kipas (luar dan dalam)


kipas yang sudah di jahit


lipat kemas dan pin


kipas yang siap dijahit, lagi mudah untuk dibentuk



jahitkan atas bahagian kipas. tengok contoh gambar2 di atas dan bawah ni.











belakang skirt yang sudah siap.


cantumkan bahagian belakang dan depan skirt.


jahitkan kaki skirt. buat 2 baris jahitan.





jahitkan bahagian lapisan pinggang.





sediakan getah dan pengeras untuk pinggang. sambungkan semuannya. lepas tu jahitlah di hujung lapisan pinggang. saya lupa nak ambil gambar masa buat proses ni...hehehe...



jahit bahagian getah. sebelum tu tandakan bahagian pinggang untuk pengeras dan getah. untuk bahagian getah, tarik getah semasa proses menjahit bahagian bawahnya.


ini bahagian yang ada pengeras. jahit macam biasa.



bahagian getah yang siap di jahit. lepas tu bolehlah buat jahitan di tengah2 getah tu. jangan lupa tarik masa menjahit. hati2 kadang2 jarum boleh patah. kalau tak nak jahit pun boleh juga.




proses akhir, pasang pencangkuk



inilah rupa skirt kipas belakang yang sudah siap...pandangan dari belakang.


17 comments:

  1. What a beautiful skirt! I love the color.

    ReplyDelete
  2. Lagi ilmu baru yang saya dapat, sebelum ini buat dengan idea sendiri saja tanpa belajar dari mana2 guru. Ini salah satu idea yang boleh saya guna terima kasih.

    ReplyDelete
  3. planning dah ada utk buat skirt kipas nie.. seram gak memula tu. bila abis baca infos..clear & rasa simple je..harap2 dapat membantu I nanti. tq

    ReplyDelete
  4. nak tny kalau utk ukuran kanak2 bhgan lipatan 2 brape ye kena buat?

    ReplyDelete
  5. Nk tnya..basi utk zip brp?

    ReplyDelete
  6. Nk tnye nk jahit getah tu kne tinggalkn sikit ruang atau nk jahit atas getah ?

    ReplyDelete
  7. saya x faham bahagian yang kena jahit sampai peniti tu, gmbr no 3... boleh terangkan x?

    ReplyDelete
  8. boleh nak minta izin copy gambar? nak buat buku skrap.

    ReplyDelete
  9. terima kasih ye sudi kongsi ilmu...saya pun nak save pic yg cantik2 nih.... boleh ke??

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sis atas perkongsian ilmu ini..semoga diberkati Allah SWT.Dptlah saya cuba jahit sendiri kain sekolah anak.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sis atas perkongsian ilmu ini..semoga diberkati Allah SWT.Dptlah saya cuba jahit sendiri kain sekolah anak.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sis atas perkongsian ilmu ini..semoga diberkati Allah SWT.Dptlah saya cuba jahit sendiri kain sekolah anak.

    ReplyDelete
  13. saya sekeluarga belajar dan ambil ilmu yang haq sahaja,lain tiada.terima kasih

    ReplyDelete
  14. Nk tnye nak potong panjang untuk pinggang nk ikt pinggang sendiri ke

    ReplyDelete
  15. Nk tnye nak potong panjang untuk pinggang nk ikt pinggang sendiri ke

    ReplyDelete
  16. Terima kasih di atas perkongsian ni. Sekali sekala menjahit, jadi saya rujuk sini bila nak jahit kain kipas belakang ni

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...