Thursday 15 March 2012

cara menjahit kolar ala cheongsam (raihan)


entry kali ini saya nak tunjuk cjaara hit kolar baju melayu ala cheongsam @ kolar ala raihan. tak susah, mula-mula ukur leher baju melayu yang anda jahit. kalau ada contoh baju lagi mudah. cuma tekap kolar tu di atas kertas pengeras kolar (kertas bergam). lukis macam kolar baju contoh tu dan gunting.

sediakan 2 helai kain, potong ikut ira kain atau nak serong pun boleh juga. macam dalam gambar di atas tu.

sterika pengeras kolar tu di atas permukaan bahagian dalam kain (salah satu kain tu la).


lipat lebihan kain di bawah kolar dan jahit


macam inilah rupanya selepas jahit


letakkan kain satu lagi, atasnya pastikan bahagian luar kain. letakkan kolar tadi macam dalam gambar ini. letak peniti agar kain tak bergerak masa menjahit. jahit ikut tepi kolar (bahagian atas sahaja yang dijahit ) untuk cantum dua kain ni. jahit dari tengah ke hujung untuk dapat hasil yang kemas


potong lebihan kain di atas kolar tu.


terbalikkan kolar tu, jadi macam kat bawah ni dan sterika bagi nampak lebih kemas


potong lebihan kain di bawah kolar. tinggalkan 1cm untuk basi jahitan bagi cantuman dengan leher baju. hasilnya macam dalam gambar


jahit cantum dengan leher baju. saya jahit dari tengah ke hujung, agar kedua2 bahagian seimbang. hati-hati masa cantum leher dengan kolar. pin kan dulu atau jelujur agar kolar betul-betul tepat. kadang-kadang kolar yang diukur tepat, kalau jahit leher tak hati-hati boleh jadi kolar terlebih atau terkurang dari leher baju. jadi, pastikan jahit cantum kena betul-betul.


potong keci (snip) cantuman jahitan tadi, agar kolar nampak kemas bila diterbalikkan


kolar yang sudah diterbalikkan




kemudian jahit di atas bahagian bawah kolar, macam dalam gambar (bagi kolar dan baju bercantum)


proses akhir buat jahit atas kolar sampai hujung


inilah hasilnya, pandangan sebelah dalam


bahagian luar


keseluruhan kolar



14 comments:

  1. daha lam tak jahit baju kolar macam ni. dan saya ada hutang kena jahit baju leher macam tu.

    ReplyDelete
  2. salam sis, nanti mau di cuba ni :) great tutorial!!!

    ReplyDelete
  3. Bagus info... Saya dah hampir terlupa caranya...teringat time mjahit dulu..dpt siapkan kolar ni dgn jayanya..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih,menepati tajuknya,sweet and simple,dalam banyak tutorial yg saya cari dan temui,rupanya ada cara mudah jahit baju kurung kanak-kanak,terima kasih kembali.

    ReplyDelete
  5. Tutorialnya manthabz walau ada kata yang kurang tau artinya,liat fotonya jadi paham juga......thank u.....ditunggu tutorial lainnya

    ReplyDelete
  6. As salam... tq for the turorial..
    tapikan nak tanya la.. ada tak tips nak kurangkan gelembung part belakang/dalam tengkuk tu? selain jelujur dulu sebelum jahit...?
    dan saya ada link kan tutorial ni kat blog saya.. di http://girlynicknack-twins.blogspot.com/2012/04/latih-tubi.html

    ReplyDelete
  7. Pandai Hema mnjahit..sy xpick up la..zero ilmu jahit.xblh fhm lg..moge Allah buka pintu kefhmn sy tntg ilmu mnjahit.aamiin..

    ReplyDelete
  8. Camne nak jahit yg kat tulang tu ye? Ade kene tolak 1/2" ke?

    ReplyDelete
  9. Camne nak jahit yg kat tulang tu ye? Ade kene tolak 1/2" ke?

    ReplyDelete
  10. Camne nak jahit yg kat tulang tu ye? Ade kene tolak 1/2" ke?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih... Baru Cuba try test ptg td, boleh la faham... Tp kena paraktis selalu... Raya tahun ni nak jahit sendiri...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih... Baru Cuba try test ptg td, boleh la faham... Tp kena paraktis selalu... Raya tahun ni nak jahit sendiri...

    ReplyDelete
  13. Salam..
    Nak tnya. Mcm mna ambil kiraan/ukuran keliling leher ye? Nk samakan dgn panjang kolar? Tkut kadang terlebih terkurang

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...