Monday 8 October 2018

cara menjahit baju kurung peplum

cara menjahit baju kurung peplum

Assalamualaikum, selamat pagi isnin. Sudah breakfast ke belum? Kalau belum pergilah breakfast dulu. Sarapan tu lagi penting dari makan tengah hari tau. Ok, pagi ini saya nak kongsi tutorial menjahit baju kurung peplum. Baju ini salah seorang customer saya yang minta jahitkan. First time jahit baju kurung peplum lipat depan. Sebelum ini jahit baju kurung peplum yang beralun tanpa lipatan di bahagian pinggang.

Ukuran baju ini saiz S. Saya lupa tulis ukuran di setiap bahagian di atas pola. Tapi ukuran kasar badan customer saya, bahu 37cm, bahu ke pinggang 37, untuk peplum labuh 35cm dan depan tu 25cm. Turun dada 22cm, ukuran dada 86cm, pinggang 66cm, punggung 93cm dan tangan 49cm. Untuk skirt pula, labuh 94 dan punggung 93cm. Skirt bentuk duyung tetapi dalam tutorial ini cuma jahit baju saja. Untuk skirt, boleh rujuk di entry saya yang lepas2, saya ada buat tutorial jahit skirt duyung. Ukuran tu ukuran kasar. Kalau nak buat pola silalah bahagi 2 atau 4 untuk dapatkan ukuran yang sebenar.

Mula2 lipat 2 kain untuk ambil bahagian belakang. Letak kertas warna di bahagian dat tu untuk tandakan garisan dart. Jangan lupa, tandakan basi lepas tu barulah potong.

Ini bahagian depan yang sudah dipotong dan dart juga sudah ditanda. Cuma tak terang sebab kain ni warna gold. Bila ambik gambar, cahaya dia jadi memantul semula. Untuk ambil bahagian ini juga kain kena lipat dua juga.

Lengan, ambil dengan cara lipat empat kain tu.

Ini pula peplum bahagian depan. Ukuran ini saya tak tahu, saya hentam je. Untuk peplum pinggan depan ni saya buat 28cm sebab saya tak tahu ukuran lipatan yang sebenarnya. Jangan lupa kain lipat 2 ok.

Ini pula peplum bahagian belakang. 17cm (kain lipat 2 juga). Kiri kanan ada basi sebab saya buat basi untuk zip. Ada orang lain tak letak pun basi, dia orang curi sedikit je bahagian kain untuk zip. Tetapi saya tak pandai. Sebab itu saya terus buat basi zip sampai ke bawah.

Sambungkan bahagian A dan B. Lepas tu barulah jahit zip.

Untuk bahagian peplum ini, kena lipat dulu. Bagi ngam2 lepas tu letak peniti atau jahit jelujur kasar. Lepas tu gosok nanti senang nak jahit sambung dengan bahagian atas tu.

 Dah sambung, jahit kain macam tali pinggang gitu. Tak jahit pun boleh. Letak je lace atau manik. Ikut suka hatilah. Tetapi saya jahit macam tali pinggang sebab gambar yang customer kasi tu, memang ada letak macam tali pinggang.

 Ini dah siap jahit dan pasang lapik leher. Sekarang bolehlah sambung bahagian bahu dan siapkan bahagian leher. Dah siap leher tu barulah jahit kiri kanan badan baju. Selepas tu, sambungkan lengan ke badan baju. Jahit klim halus di hujung lengan dan bawah peplum tu. Ok siap. Untuk skirt pula, boleh rujuk entry skirt duyung yang saya dah kongsi sebelum ini. Selamat menjahit.

cara menjahit baju kurung peplum

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...