Saturday, 4 March 2017

Cara Menjahit Poket Tebuk Baju Melayu

Assalamulaikum, pagi sabtu yang indah ini saya nak kongsi cara menjahit poket tebuk baju melayu. Selain poket tebuk, ada juga yang sebut nama poket ni poket sembunyi. Tapi kalau di tempat saya (sandakan) namanya poket dalam. Sebelum ini saya dah pernah share cara ini. Tapi tak apa-apakan kalau nak share sekali lagi. Masih juga cara yang sama, guna 3 kain. Ini saja cara yang saya tahu dan mudah untuk saya buat. Tapi baru-baru ini saya ada belajar untuk buat poket dalam dengan guna satu kain. Kalau saya dah expert dengan cara tu, nanti saya share di sini.

Ok, kalau suka dan rasa senang dengan cara saya menjahit poket tebuk baju melayu ini bolehlah ikut cara ini. Perhatikan gambar betul-betul. InsyaAllah, senang nak faham.









 terbalik pulak gambar ni hihi































Dah siap poket baju melayu. Harap tutorial ni membantu kawan-kawan yang baru saja belajar-belajar nak buat baju melayu. Tak lama lagi rayakan. Upah jahit baju melayu pun dah mahal. Lebih baik buat sendiri. Kalau nak save atau nak share gambar, silakan. Kita panjangkan dan sebarkan ilmu... Ok, jumpa lagi di next tutorial. Assalamualaikum.

Thursday, 9 February 2017

Tukang Jahit Dan Ramadhan

Pejam celik, pejam celik...hari ini dah 9 February. Cepat masa berlalu. Macam baru semalam sambut tahun baru 2017. Macam mana kerja2 jahitan korang? Ramai dah terima tempahan raya? Jangan kata, raya lama lagi. Masa bergerak dengan laju. Baiklah ambil tempahan awal-awal.

Kat bawah ini saya kongsi video kisah tailor di bulan ramadhan. Saja buat bakar semangat. Biar lagi hati lagi berkobar-kobar dan rajin siapkan tempahan yang ada. Layannn...






Saturday, 15 October 2016

cara potong baju kebaya ringkas

Alhamdulillah, hari ni dapat kongsi satu lagi tutorial ringkas. Kebaya ringkas dengan potongan leher yang ringkas juga. Ini baju kebaya customer saya. Dari dulu dia memang tempah kebaya saja. Umur dia dekat 90 tahun tapi masih sihat walafiat. Nenek-nenek lain, mana selara nak pakai kebaya lagi. Tapi customer saya still pakai kebaya lagi. Baju contoh tu pun saya yang jahit dulu.

 baju contoh

 Pola kebaya. Dah berlipat2 sebab dah lama buat. Sejak tempahan pertama customer ni dulu. Badan tak berubah jadi saya guna yang lama. Pola2 customer jangan buang, simpan. Boleh guna kalau dia datang tempah semula. Tak pun untuk buat rujukan di masa akan datang. Ukuran saya semua guna cm. Saya tak pandai guna inci.

Mula2 lipat dua kain. Kain ni 2 meter saja (untuk baju sahaja).

 Potong bahagian tepi kain tu dulu. tepi kain ni selalunya berkedut atau macam bergetah. Perasan tak? Sebab tu saya buang bahagian tepi dulu. Biar kain nampak kemas dan mudah untuk kita nak garis ukuran.

 Dah siap gunting, sila buat garisan untuk basi jahitan. 1 atau 1 1/5cm. Basi jahitan ini untuk sambung dengan pelapik bukan baju depan kebaya tu.

Dah siap garis panjang, barulah letak pola tepi garisan tu. Nampakkan dalam gambar tu? Jangan lupa letakkan tracing paper di bawah kain dan atas kain (bahagian dat). Buatlah garisan ikut gambar dat yang ada di pola. Ukuran dat saya 3 cm. Naik atas 11cm, turun bawah pun 11cm juga. Tekan guna roda suri. Ada yang tak tahu roda suri? Yang macam pemotong pizza tu. Tapi roda suri comel sikit saiznya.

 Ini yang dah siap di tekap dat dan buat basi jahitan semua. Nampak tak potongan leher yang simple itu? Ini kebaya lapik dalam ye, bukan kebaya yang kolar lipat luar tu.

 Sekarang bolehlah potong, ikut garisan basi yang sudah dibuat. Untuk lipatan bawah tu, saya ambil 2 1/5cm atau 3cm. Dah siap gunting ketepikan.

Sekarang pola belakang pula. Lipat kain macam tadi juga (dua lapis). Kalau pola depan tadi, kita ambil dua keping. Yang belakang ambil satu dan tak putus ya. Ingat. Lipat dua kain dan terus letak pola di atasnya. Macam dalam gambar. Letak tracing papar, tekap dat dan buatlah basi dia atas tepi dan bawah pola.

 Ukuran basi sama je dengan pola depan tadi. Oh ya, pola depan bawahnya agak tajamkan. Yang pola belakang rata saja. Kebaya memang macam tukan belakang pendek tapi depan dia labuh sikit.

 Gunting ikut garisan.




Untuk tangan, lipat kain sekali lepas tu lipat lagi kain yang berlipat tu sekali lagi. Jadi dapatlah 4 lapis kain kan. Lepas tu letak pola di atasnya. Macam dalam gambar. Buat basi tepi atasa dan bawah.



Bolehlah di gunting terus. Saya kalau buat tangan memang terus ambil dua2. Malas nak gunting satu2, lambat! Kecuali kalau kain memang ekonomi sangat. Selagi kain boleh di lipat dapat dua tangan, hah buatlah. Sekurang-kurangnya kerja jadi cepat.

 Nah, inilah bahagian yang kita dah potong tadi. Macam mana, mudahkan? 

 Sekarang ambil lapik leher bahagian belakang. Mula2 lipat dua kertas bergam. Letak tracing paper di bawahnya.

Letak lagi tracing paper di atasnya. Macam dalam gambar tu.

 Kemudian letak pola belakang tadi di atasnya. Tengok gambar tu ya. Lepas tu tekaplah guna rodo suri gambar leher tu. Jangan lupa basi di bahagian atas ya.

 Inilah leher yang di tekap tadi.

Gunting dan jadilah macam ini. 

 Untuk lapik leher depan. Lipat kertas bergam macam dalam gambar. Buat basi 1 1/5cm. Lepas tu letak pola bahagian depan di atasnya. Kemudian letak pula tracing paper di sepanjang bawahnya pola.

 Sekarang guna roda suri untuk dapatkan garisan di bahagian bawah. Fahamkan?

 Tengok macam dalam gambar ini.

garis saja dari bawah sampai atas.

 Lepas sudah garis tu, lipat tracing paper tu macam dalam gambar di atas. Lipat semua ya.

 Sekarang buatlah garisan ikut garisan lurus di atas pola. Garisan ini adalah ukuran untuk lapik tepi dan leher baju. Ukurannya 3cm. Garis dari bawah sampai atas leher.

Macam inilah rupanya. Sekarang boleh gunting.

Dah gunting.

 Inilah rupanya lapik yang dah digunting dan di buka. Nampak tak yang leher depan tu macam kayu lastik? Y besarkan.
 Sekarang lapik leher tu korang pindahkan dan letak atas kain.

Nampakkan? Saya puaslah nak bagi kertas bergam tu menonjol dari kain tapi tak dapat2 juga. Kalau tak tengok betul2 mememang tak perasankan. Tapi harap mata korang terang. Mungkin juga kertas bergam saya ini terlalu nipis. Nak yang tebal mahal sikit. Yang ini harga semeter RM2. Yang tebal sikit dah nak ceceh RM3. Ini ekonomi sikit, guna yang nipis.

 Ok sekarang gunting saja. Tak payah gunting cantik2 pun asal gunting saja. Dah seterika semua baru gunting tepi dia cantik2.

 Macam inilah rupanya kertas bergam dan kain yang sudah sedia bergunting. Tinggal nak gosok dengan seterika saja.

Yang ini pula bahagian untuk lapik butang. 

Sekarang dah lengkap semua bahagian untuk baju kebaya. Untuk skirt, customer cuma nak skirt belah tak jadi. Atau skirt belah bohong. Atau skirt lipat depan. Banyak betul namanya kan? Kalau tempat saya, memang namanya skirt belah tak jadi. Tapi kalau tailor cina kat bandar sini memang sebut skirt belah bohong. 

Untuk skirt kebaya, korang boleh rujuk tutorial skirt yang saya dah buat sebelum ini. Ada belah tak jadi, kipas tepi dan kipas belakang. Boleh rujuk ya, cari saja di senarai tutorial saya. Kalau korang klik tak jumpa2 juga, korang boleh rujuk di senarai tarik post saya. Yang tahun2 lepas. 

Ok, insya-Allah saya jumpa lagi di tutorial akan datang. Harap entry ini dapat memberi manfaat dan membantu kawan-kawan yang nak belajar menjahit dengan cara ringkas dan tak memeningkan. Kalau nak share cara ini di fb dan nak save gambar, silakan. Moga kita dapat panjangkan lagi ilmu dan berkongsi dengan yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...