Friday 16 November 2012

cara potong langsir scallop

kali ni saya buat entry cara potong langsir scallop. pola ni ada 2, satu saiz besar dan satu lagi saiz kecil. saya guna pola saiz besar yang biasa orang guna. di bawah ini pola swag (sayap kiri kanan) dan pola scallop (untuk tengah2 tengah).

sediakan kain yang bidangnya 45" atau 46". untuk royal scallop saiz normal guna 1 1/2 meter kain. untuk 1 swag saiz normal guna 1  meter kain. swag kena ada 2 keping (kiri dan kanan). jadi semuanya 3 1/2 meter. panjang kain ini cuma untuk buat royal scallop untuk pintu bilik atau dapur je...2 swag kiri kanan dan 1 scallop. kalau nak buat di tingkap yang bingkai panjang, sila tambah meter kain untuk buat scallopnya. fahamkan...

 mula2 kita ambil untuk scallop dulu. lipat kain menyerong
macam ni
 letak pola dan pin.kemudian gunting ikut pola
scallop yang siap digunting
 
 gunting kecil2 di bahgian yang ditanda  di pola tu. 
 dah siap gunting kecil2 ditepi tu bolehlah tanggalkan kain dari
pola dan dapatlah satu scallop
 sekarang kita ambil untuk bahagian swag pula. kain tak perlu lipat (selapis je) mula2 ambil untuk swag kiri dan kemudian ambil swag kanan pula. masa ambil swag kanan, sila terbalikkan pola. kalau tak nanti korang dapat swag yang boleh digunakan untuk sebelah scallop je. 
 ini rupa 1 swag yang siap digunting...jangan lupa, sebelum tanggalkan kain dari pola swag, sila guntung kecil2 bahagian tepi kain, ikut tanda di pola tu

 contoh gunting macam ni la..tujuannya untuk kita buat lipatan masa kita menjahitnya 

ok, ini dia 2 swag dan satu scallop yang siap digunting


mudahkan cara potong langsir scallop ni. untuk proses menjahitnya, saya akan tunjuk di entry akan datang. harap2 pos ini dapat bantu siapa2 yang nak buat langsir sendiri. terima kasih...:) 

Thursday 15 November 2012

salam maal hijrah


salam maal hijrah...aktiviti jahitan saya agak slow akhir2 ini. banyak kerja2 yang tergendala dan tertangguh. gambar di atas sebahagian baju yang sempat saya siapkan minggu lepas. untuk minggu ini saya ada baki 5 pasang baju lagi nak disiap sebelum 24hb ni. hujung2 tahun tempahan lebih kepada kawan dan saudara-mara yang nak menghadiri majlis kahwin. ada juga tempahan baju sekolah untuk tahun depan. 

Sunday 21 October 2012

sekadar update

sebenarnya saya tak ada benda nak cerita pun. nak buat tutorial langsir scallop tapi gambar belum lengkap lagi.jadi saya buat je entry biasa2 macam ni...sekadar update. lagipun nak kongsi juga baju2 yang sudah siap dijahit. oh lupa la pulok...tu gambar di atas tu, barang2 jahitan yang baru je beli di leton.

ok di bawah ni, baju2 kurung dan kebaya yang telah siap dijahit. tinggal orang ambil dan pakai je. hasil tak berapa cantik dan kemas...maklumlah jahitan cincai2 dan nak cepat siap.  tapi walau tak cantik saya tetap nak upload juga...





Tuesday 25 September 2012

cara membuat leher baju kurung asli

ada kawan saya kata, bahagian yang paling rumit nak buat baju kurung ialah bahagian lehernya. ada yang tak berani nak buat, takut salah buat lubang leher...nanti salah guntinglah...lubang leher tersengetlah...terbesarlah dan macam2 lagi. mula2 dulu, saya pun fikir macam tu juga. tapi lepas belajar menjahit...tahu teknik sebenar dan cara buatnya, kira macam mudahlah juga nak buat. jadi, kali ni saya nak tunjuk cara saya buat leher baju kurung. ringkas je.
 mula2, sedia lapik leher dan badan 
baju kurung asli anda

 dibahagian lapik (kertas bergam tu) lukis garisan lubang leher dan belahan bawah 
leher tu (ikut ukuran leher anda atau selera anda).kalau tak tau kira ukuran, ambik baju kurung lama anda, then cuba lukis lekuk leher baju tu di atas kertas. lepas tu gunting kertas tu ikut lukisan lekuk tu. dapatlah satu pola leher. pola tu letak di lapik leher yang di lipat 2, lepas tu tandakan garisan di sepanjang lekuk tu. kemudian buat garisan untuk belahan bawah.

 kemudian buat tanda di bahagian tengah dan bahu baju.
saya buat baju bahu tak putus. kalau bahu putus, cuma sterika bahagian tengah je. 

 lepas tu letak lapik leher dan pasang peniti

jahit ikut garisan leher tu

 jahit bahagian belahan bawah leher

 ni la lapik leher yang sudah di jahit dibadan baju

lipat 2 dan gunting di tepi jahitan lubang leher

gunting bahagian tengah. hati2 jangan tergunting jahitan benang

 gunting macam ni 

 lipat dan jahit halus bahagian atasnya untuk leher nampak kemas 
dan jahitan lagi kukuh

 jahit sepanjang leher dan belahan bawah leher

ni yang siap dijahit halus  bahagian tepi leher tu

 macam ni

 ni nak bagi jelas lagi...harap2 faham ye

lepas tu bolehlah jahit jelujur

leher yang sudah siap dijelujur

ok siap, ringkas je kan. harap2 cara ni dapat bantu kawan2 yang baru nak cuba2
belajar buat leher baju kurung asli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...