Ahad, 28 April 2013

baju kurung peplum


sekarang, sana sini orang sibuk tempah baju untuk raya. macam fesyen yang mereka nak minta jahitkan. tapi paling top sekarang ni baju2 peplum macam dalam gambar2 ni. saya pun baru jugalah terperasan sekarang ramai yang bergaya dengan style baju kembang2 ni. macam baju2 saloma dalam filem2 hitam putih tu. cantik jugalah. saya pun suka tengok bahagian yang kembang2 tu terutamanya yang bahagian skirtnya. tapi kalau buat baju macam ni memang kena beli kain lebih sikitlah. lepas tu lebar kain pun kena ambil tahu juga. 

tahun lepas orang ramai pakai baju yang berlayer2 tu. saya pun sibuk juga buat baju macam tu untuk diri sendiri. asyik buat baju orang lain, teringin juga buat sepasang untuk sendiri. tapi sampai sekarang kain tu (dah siap potong) masih tak dijahit2. entah passion saya untuk baju layer tu semakin pudar dan hilang. terperaplah kain tu didalam timbunan kain2 lama saya. kononnya saya akan jahit juga bila keiningan tu datang balik. tapi bila tu, saya pun tak tahu!

cakap tentang fesyen baju kurung ni, saya perasan banyak fesyen2 lama kembali naik. tengoklah baju kembang2 ni kan dulu popular masa zaman saloma. sekarang dah naik balik. dulu2 pun ada fesyen baju lama yang tangannya kembang2 macam baju dato ct tu. kiranya fesyen pakaian ni macam pusing2 je. 70 dulu seluar semua kembang2. tapi 85 semua sempit2. lepas tu hujung2 90an seluar dah mula kembang sikit....jarang dah orang pakai pit-pit (bilang urang sabah). hujung2 tahun 2000an (sampai sekarang) dah balik pakai seluar sempit2. tengok, fesyen tu pusing2 je kan. tak mustahil  style baju kurung yang bahu ada lopor2 tu (top sekitar lewat 80an-90an) akan naik semula.

ni fesyen baju yang paling menarik dimata saya. warna pun
cantik..



ini pun sangat cantik...ada reben diikat lagi

suka bahagian pinggang tu, cantik hiasan rebennya. 

skirtnya memang terbaeklah...cantik. tapi kalau saya buat
skirt macam ni agak kurang sesuai sebab kurang ketinggian bah!



10 ulasan:

  1. belum ikut trend lagi...lgpun badan macam mempelam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun baru2 je bernit nak jahit mcm2 lagi.

      Padam
  2. klu sy nk beli baju nie mcm mne??

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu nak beli, klik je laman web dihujung entry
      sy tu.

      Padam
  3. klu sy nk beli baju nie mcm mne??

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy tak jual baju. gambar ni sy ambik dr laman web
      www.princesseffy.com. klu nak beli, klik je
      laman web tu ye

      Padam
  4. klu sy nk beli baju nie berape ya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. www.princesseffy.com ni laman web yg
      jual baju2 peplum

      Padam
  5. akak boleh tunjuk cara2 nk buat skirt peplum x?sy xtahu cara nk potong..

    BalasPadam
  6. sy pun belum tahu sgt nak jahit
    peplum ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...