Ahad, 7 April 2013

cerita disebalik gambar baju kurung


dua hari lepas saya sibuk mengemas baju2 lama yang tak digunakan lagi. semua masuk dalam kotak. cadang nak dermakan baju2 tu semua. masa kemas2 tu terjumpalah baju kurung lama saya ni (dalam gambar). terus tak jadi nak masukkan dalam kotak sebab baju ni ada cerita disebaliknya. 

sebenarnya inilah baju kurung pertama yang saya jahit. dah lama, tahun 2003...saya ikut kelas jahitan. baju pertama yang diajar baju kurung asli dengan skirt kipas tepi. tapi masa tu kami belajar guna kain kasar untuk lebih mudah digunting dan jahit. bila dah tahu buat, terus nak cuba buat baju sendiri. kebetulan saya pun ada kain yang masih belum dihantar di kedai jahit masa tu. tapi saya teragak2 juga sebab kain ni agak licin. jadi tak berani nak potong. lagipun masa tu sibuk belajar buat baju yang lain2 pula.

tapi lepas tengok seorang kawan saya pakai baju kurung hasil jahitannya terus semangat nak buat baju sendiri datang semula. masa tu saya terkejut sebab tak sangka kawan saya yang asyik main2 masa belajar tu, boleh pula buat baju kurungnya dengan cantik. memang kagumlah tengok...belum habis belajar sudah siapkan baju sendiri dalam diam2. sedangkan saya dan kawan2 lain, semua fikir...tunggulah habis belajar semua jenis baju, barulah nak cuba praktikan apa yang dipelajari.

masa tu rasa macam ketinggalan pula, terus rasa nak cuba buat juga. sibuk saya tanya macam2 pada kawan saya tu. apa masalah masa jahit leher dan kipas (ni bahagian baju yang saya cukup takut nak jahit masa tu). macam2lah saya tanya sebelum betul2 yakin nak potong kain sendiri. masa tu memang takut salah potong dan masalah masa menjahit tapi sebab terbayang kawan saya yang bergaya dengan baju kurungnya tu, membuat saya semangat nak siapkan juga baju kurung pertama saya tu. 

masa jahit kipas tu yang masalah sampai buka beberapa kali bahagian nak sambung di zip tu. susahnya saya rasa nak siapkan sepasang baju kurung... nak putus asa pun ada. tapi dalam hati, kena siapkan juga...fikir kalau kawan saya boleh buat, saya pun mesti boleh buat. tu yang saya balik2 cakap dalam hati...dan akhirnya berjayalah juga siapkan baju tu..:)

jelujur yang melampau rapatnya. tp masa tu, saya rasa jelujur baju 
saya nilah yang paling kemas  :)

tengok hujung pinggang pun dijahit penjuru. skrg saya tak
pandai buat macam tu, rata je hujungnya.

terlampau skema, kipas pun luar dalam saya jahit!

walaupun jahitan saya masa tu 'cincai-cincai' saja...tak kemas, tak lurus, ada banyak kedut2...tapi masa tu saya dah rasa sangat puas hati dan gembira. semangat tu berkobar2 nak potong kain dan menjahit baju kurung sendiri. masa tu juga dah terbayang2 orang datang tempah baju dengan saya :). hasil pertama memang tak berapa sempurna...tapi saya tetap rasa yang pertama tu terbaik dan tercantik. sekarang bila tengok baju ni, saya senyum2 sendiri. muka kawan saya tu pun automatik terlayar dimata saya.




2 ulasan:

  1. Hi Hema, semua ni jadi kenangan manis kan? Hakak pun janji pd diri sendiri, akan simpan dress kipas jepun, hasil jahitan pertama. Nanti anak dah besar, boleh tengok balik betapa brutalnya hasil kerja tapi apa2 hal lepas siap hari tu, memang hati puas sgt. All the best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...betul kak lin,simpan buat kenangan. memang jahitan pertama banyak sejarahnya. di situlah kita banyak berhadapan macam2 masalah masa menyiapkannya. tapi semua kesalahan2 tu ilmu yang sangat berguna dan dapat jadikan panduan untuk jahitan2 seterusnya, kan.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...