Ahad, 26 Mac 2017

Cara Menjahit Zip sembunyi

Assalamualaikum. Hari ini ahad, 26 March 2017. Cepatnya masa berlalu...tak lama lagi nak masuk bulan April. 29hb ini dah masuk bulan Rejab. Semua tukang2 jahit mula dah sibuk dengan tempahan. Banyak tak tempahan yang kawan2 dah terima? Jangan ambil banyak sangat nanti tak sempat nak siap semua. Ambil mengikut kemampuan kawan2. 

Oklah kali ini, saya nak kongsi tutorial cara menjahit zip sembunyi. Saya rasa dah ada tutorial zip sembunyi sebelum ini. Tapi tak apalah saya buat tutorial zip sekali lagi. Mungkin kali ni gambar lagi jelas. Perhatikan gambar2 kat bawah ini, insyaAllah mesti boleh faham punya.

Tutorial saya ini ringkas saja. Tak ada pengiraan khusus macam tutorial leher orang lain. Saya cuba tunjuk yang paling ringkas sebab tak semua orang yang senang faham bab2 bahagi, campur, tolak semua tu. Untuk permulaan, lebih baik kawan2 belajar yang ringkas dan mudah. Kalau dah pandai asas semua tu barulah belajar pola yang guna banyak formula dan ukur2 tu.
 




 Jahit sambil buka lipatan gigi zip tu

 Jahit sampai kepala zip dah tak boleh turun lagi.

 Ini dah siap jahit

 pandangan dari luar baju

 sebelah dah jahit, sekarang kita jahit sebelah pula

 Lipatkan bahagian yang dah berjahit tu




mula jahit sebelah zip yang satu lagi. perhatikan gambar tu. Jangan terbalik pula.

 Jahit sampai kepala zip tak boleh buka ke bawah lagi

 Hujung bawah zip

Guna tapak zip biasa dan jahit cantum ngam2 di hujung jahitan zip tadi. Jahit terus sampai bawah baju.

 Nampak tak? Dah cantumkan.

dah siap, tariklah zip ke atas. Inilah hasilnya.

Semoga tutorial ini dapat membantu kawan2 yang baru saja nak belajar jahit zip sembunyi ( zip tapuk namanya kalau kat tempat saya ini). Kalau ada yang nak save dan share, silakan. Kita panjang2kan ilmu yang tak seberapa ini. Selamat mencuba. Happy sewing...😄

4 ulasan:

  1. ilmu yang bermanfaat, tq sis sudi sharing.

    BalasPadam
  2. Bagusnya awak dlm sibuk ada masa tambah saham akhirat..Saya suka.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...