Wednesday 5 August 2015

cara sambung getah pinggang

Salam syawal ke 20. Lagi sepuluh hari kita dalam bulan syawal... Kuih raya korang masih ada lagi tak? Hehe...makin nak habis, makin sedap pula rasa kuih tu, kan. Ok hari ni saya kongsi cara menyambung getah pinggang. Semalam saya tunjuk jahit seluar kanak2 yang guna getahkan. Mula2 korang ambil getah tu, potong ikut ukuran yang korang nak. Potong riben kain panjang lebih kurang 3 inci macam tu.

Temukan kedua hujung getah dan letak di atas riben tu.

Lipat macam ni

jahit beberapa kali atas riben tu

Ok getah pinggang dah cantum. Sedia untuk dijahit di atas pinggang. Cara ni getah lagi kemas cantumannya. Mula2 dulu saya jahit getah bagi kedua2 hujung tu bertindih. Rasa sangat keras bahagian bertindih tu. Lepas tu saya cantum dan jahit zigzag aje tapi masih tak kemas. Dah saya buat cara ni baru rasa puas hati. Sambungan pun kuat. Ok moga perkongsian ini berguna untuk kawan2 yang baru berjinak2 dalam jahitan. Happy sewing..

Tuesday 4 August 2015

Cara jahit seluar kanak-kanak (pinggang getah)


 Salam syawal yang ke19. Tak sangka, dah nak tiga minggu kita beraya. Macam mana aktiviti jahitan korang? Saya, agak slow sangat2. Ada tempahan tapi belum buat lagi. Bukan masih dalam mood raya tapi mood malas! Ok, kali ni saya kongsi cara jahit seluar baju melayu untuk kanak-kanak umur 8 tahun. Saya main tekap seluar contoh aje. Labuh 78cm, bukaan kaki 21cm, punggung 26cm, pinggang 23cm dan turun pinggang ke cawat tu 25cm.

Mula2 jahit cantum dari hujung cawat ke kaki seluar. 

Dah jahit kedua2nya. Bolehlah cantumkan bahagian atas (punggung dan cawat depan)

jahit dari tengah, temukan cantuman tadi (tengok gambar)

jahit dari tengah sampai hujung 

Dah jahit, jadilah rupanya macam ni (sebelah dalam)

Sebelah luar

Jahit kaki selaur

kaki seluar

Jahit getah untuk pinggang.




Jahit tengah.


Siap sudah...harap kawan2 faham ye penerangan saya. Kalau tak faham, boleh tengok gambar tu lama2. InsyaAllah faham. Happy sewing...

Thursday 30 July 2015

Cara pasang lengan di badan baju

 Salam syawal yang ke 14. Rasa cepat sangat masa berlalu. Pagi ni saya kongsi cara pasang lengan di badan baju. Ada orang jahit lengan dulu baru sambung tepi baju. Dulu saya buat macam tu tapi selalu ada lebih, kena potong lebih kain dan jahit tepi lagi. Saya ni jenis malas dan kalau menjahit sentiasa nak cepat siap. Jadi saya jahit dulu tepi baju, baru pasang lengan. Lagi senang rasanya. Ini saya kongsi dengan kawan2 yang baru belajar menjahit ya. Yang dah pakar tu, tengok sajalah. Kalau ada salah tu, sila bertulkan. Saya ni pun tak pandai sangat. Ilmu jahit pun sikit2 saja...tapi sikit pun, saya tetap nak kongsi juga.

 Mula2 jahit badan baju (tepinya tu). Lepas tu jahit lengan dari bawah sampai dekat atas

 Dah dekat nak hujung tu, ambil badan baju, ukur bahagian ketiak (lubang lengan) dengan lengan tadi.

 Lebihkan sikit lengan dari bahu tu

 Sambungan lengan tu jahit ikut ukuran lubang lengan di baju tu.

 Kemudian terbalikkan lengan

 Lubang lengan di badan baju

 Masukan lengan yang sudah berjahit tadi dalam lubang lengan di badan baju tu

 Semat dengan peniti. Tapi kalau tak letak peniti pun tak apa. Saya tak suka letak peniti sebab selalu tercucuk di jari...

 Korang boleh mula jahit. Bahagian lengan tu yang dibawah, lubang lengan tu atas. Jahit mula dari sambungan  tu. Tengok gambar betul-betul ya

 Lengan yang sudah berjahit di badan baju

 Tarik lengan tu keluar dari lubang lengan tadi dan terbalikkan keluar

Cara pasang lengan di badan baju
Siap sudah... macam mana? Harap kawan2 faham ye apa yang saya terangkan. Kalau tak, perhatikan saja gambar2 tu. Nanti lama2 akan faham juga. Selamat mencuba...kalau nak share, silakan...


Wednesday 29 July 2015

cara jahit span baju (Shoulder pads)

 
 Salam syawal yang ke 13. Hari ni saya kongsi cara jahit span baju. Mula2 sediakan kain untuk kulit span. Lipat dan tanda. Kemudian jahit dari tengah sampai bawah. Jahit serong macam dalam gambar.

 Jahit macam ni

 contoh jahitan yang ada tanda anak panah kuning

 Buka kain tu dan letak span betul2 di tengah jahitan tadi (sebelah dalam kain)

 Macam ni. Lepas tu letak peniti di tepinya untuk mudah menjahitnya

 Bahagian melengkung

 Jahit ikut bentuk span. Lepas tu potong lebihan kain tu. Jangan lupa jahit tepi.

Siap sudah. Macam nilah bentuknya, Bentuk span melengkung dan kemas kalau dijahit di bahu baju. Selamat mencuba. Kalau nak share di page korang, silakan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...