Wednesday 12 August 2015

Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu

Salam syawal yang ke 27...selamat pagi rabu. Pagi ni saya nak kongsi cara jahit poket sisi seluar baju melayu. Saja kongsi, mana tahu ada yang jahit poket ringkas macam ni. Ini cara saya menjahit ya...kalau yang pro atau otai tu mesti ada cara lain yang lebih teratur. Cara saya ni jenis yang ringkas dan nak cepat siap saja. Apa pun harap perkongsian ini memberi manfaat pada kawan2 yang baru belajar menjahit.

 Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu

Sediakan poket seluar. Ukuran tu bergantung pada koranglah. Jangan besar sangat, sudah.

Jahit tepi poket sebelah depan seluar dulu

kemudian sebelah belakang pula.

Dia akan jadi macam ni

Kemudian cantumkan tepi seluar depan dan belakang. Jahit dari kaki seluar sampai di mulut poket. Dalam gambar tu yang tanda kapur biru, jahit sampai situ. Poket seluar selalu saya bukan 15cm. Campur 1cm untuk basi pinggang. Jadi semua 16cm.

Kalau dah diterbalikkan, jadi macam nilah.

Lepas tu bahagian seluar depan tu, jarakan 2.5 cm dan buat garisan ke bawah sampai garisan mulut poket tadi. Tengok gambar tu betul2 nanti fahamlah ya. Sorry ya saya ni tak berapa pandai nak terangkan atau ajar betul2. Harap gambar2 ni boleh membantu untuk korang lebih faham. Lepas garis tu, jahit ya ikut garisan condong tu.

Dah jahit dan terbalikkan, akan jadilah macam ni. Bahagian depan dan belakang bezakan?

Jahit di tepi mulut poket depan. Tepi bahagian belakang tu pun jahit ya, tengok macam dalam gambar tu

Ini dah siap jahit

Jahit macam ni

Jahit macam dalam gambar tu. Bagi kemas dan mulut poket tak terbuka sangat. Jahitan tu juga bagi jarak untuk poket dan pinggang seluar

Lepas tu jahit dihujung mulut poket tu. Jahit macam dalam gambar ni ya. Ini pun nak bagi mulut poket tak terbuka sangat. Tak adalah handphone yang disimpan terkeluar kalau si pemakai tu duduk.

Akhir sekali jahit bawah poket tu (sebelah dalam ya). Terbalikkan...ok siap sudah. Di bawah ni gambar yang dah siap. Selamat mencuba...

Cara Jahit Poket Sisi Seluar Baju Melayu


17 comments:

  1. huwarghhhh.. macam payah jer.. nak kena lama menghadap benda ni baru menjadi agaknya kalau spesis orang yang baru nak berjinak jinak dgn menjahit ni

    ReplyDelete
  2. Ermmm..ruby selalu psg angan2 pandai jht baju sendiri nanti!!!

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak menjahit...
    ummi singgah baca info menjahit

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak menjahit...
    ummi singgah baca info menjahit

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, banyak tips-tips berguna saya ambil dari blog ni.. alhamdulillah berjaya hasilkan beberapa jahitan..walaupun tidak kemas tapi insyaAllah dengan lebih banyak praktik lg akan berjaya... terima kasih..

    ReplyDelete
  6. terima kasih byk2 atas ilmunya..saya ambil yg haq sahaja.

    ReplyDelete
  7. terima kasih byk2 atas ilmunya..saya ambil yg haq sahaja.

    ReplyDelete
  8. mcm mana nak jahit seluar?ada tutorial jahit seluar tak?

    ReplyDelete
  9. wah....tutorial yg bagus....thaks for sharing..

    klau x keberatan boleh lar tengok n follow my blog http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. Mugkin gmbr y diambil tu dekat sgt..xdpt nk bezakan bhgian y dijahit dan nk disambungkan..confuse

    ReplyDelete
  11. Mugkin gmbr y diambil tu dekat sgt..xdpt nk bezakan bhgian y dijahit dan nk disambungkan..confuse

    ReplyDelete
  12. saya rasa..ni penerangan yg paling tbaik..thankss sis Ima!!!

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat2 membantu. Semoga dimurahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan puan. Amin

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum saudari,adakah saudari juga ada akaun fb,saya nak follow hehe

    ReplyDelete
  15. Senang nk faham... Sgt berguna.. Tksh ilmunya.. Smg dimurahkn rezeki

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...mudah difahami...terima kasih...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...